Tuesday, 29 May 2012

8# FAS :)

Assalamualaikum wbt :)




satu saat sahaja kalau boleh aku minta untuk faham hati dan perasaan aku . satu saat sahaja aku minta untuk bazirkan masa itu untuk aku . tak perlu aku minta berjam jam atau berhari hari kalau selama satu saat pun kau tak boleh faham hati dan perasaan aku .

bila satu tahap aku dah give up , aku give up terus . terus give up . itu maknanya aku dah penat , aku dah lali , aku dah tak mampu untuk berdepan dengan semua ini .

hati dan perasaan orang lain aku jage sebaik baiknya tapi hati dan perasaan aku yang akhirnya akan sakit sendiri . jangan tengok pada senyuman terukir , jangan sekadar dengar gelak ketawa yang aku hamburkan . entah itu ikhlas atau palsu untuk tutup segala yang terjadi hanya aku yang tahu dan rasanya .

diam seribu bahasa itu sahaja aku mampu , bila berkata kata nanti ada salahnya , peperangan yang terjadi . itu yang aku cuba jauhkan . bila peperangan berlaku , kau salah ke aku salah ke aku tetap akan sakit . itu pasti .

jangan khianati dan pijak pijak kebaikan yang aku dah buat . hargai apa yang aku buat . Tolong . bila aku dah rasa diri diperbodohkan , tamat laa semuanya . kebebasan yang diberi , kebaikan akan hilang . benci ? takkan wujud . kalau perasaan benci wujud , sila gembira bersuka ria kerana berjaya membuat diri gadis ini membenci diri kau .

ini blog aku , tempat aku luahkan kesakitan aku rasa . ini tempat aku untuk luahkan segalanya bila aku rasa sukar untuk terangkan dan kongsi bersama org lain . selagi aku tak taip dedicated untuk si polan anak si polan tak perlu terasa . ini hati aku rasa , ini perasaan yang aku miliki . alhamdulillah .

jangan persoalkan sikap suka berkawan aku dengan sesiapa pun , selagi aku rasa ia untuk satu persahabatan kenapa tidak jalinkan saja hubungan persahabatan itu . ini diri aku . buruk baik diri aku kalau rasa takboleh terima , angkat kaki dan pergi mencari kebahagiaan sendiri .

dan anggap tak pernah kenal diri gadis seperti aku . jangan menyesal tak sudah kerana mengenali diri gadis seperti aku ini . aku buat yang termampu untuk mereka yang aku sayang . keluarga , kawan kawan , sahabat sahabat , teman teman kebahagiaan mereka aku utamakan .

mengharap sesuatu atau seseorang yang hilang kembali kepada kita akan menjadi satu angan angan . angan angan mat jenin yang akhirnya tiada hasil . setinggi KLCC aku letakkan harapan , setinggi itu juga kecewa yang aku rasa . peringatan sinis untuk diri sendiri yang masih berteka teki dengan hati dan perasaan sendiri .




ikhlas .






terima kasih daun keladi , ada masa baca laa lagi :)

Thursday, 24 May 2012

syaiful rohman :)

Assalamualaikum wbt :))

lama sudah blog ditinggalkan tanpa khabar berita , disenyapkan untuk berapa hari ataupun mungkin untuk beberapa minggu ataupun bulan . :)

kesibukan dalam menyiapkan final projet buat aku jarang menaip meluahkan segala kegembiraan dan kesedihan yang berlaku dalam diri gadis biasa ini :)

harini aku luangkan masa bermesra dengan blog sayang aku ni .

hari rabu baru baru ni harijadi sahabat sejati sentiasa di hati saya iaitu syaiful rohman . plan untuk hari jadi dia kalini dah dibuat dari minggu lepas lagi . tahun ni aku taktau nak hadiahkan apa so terfikir untuk buat kejutan secara kecil kecilan . sebenarnya plan lain tapi bila mama dan abah nak join untuk buat sekali so plan bertukar . so plan yang kedua ni tidak memerlukan aku untuk keluar serta jimat kos sebab abah support sate 120 cucuk , mama sediakan nasi lemak lauk sotong , cake support by ME :D

dari minggu lepas aku dah buat hal dengan dia , sengaja buat buat touching dan tak reply mesej dia sampai laaa selesai segalanya baru texting balik . kejutan yang sedikit terkantoi tapi alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar . thanks to mama abah sebab tolong lancarkan plan ni :) dan thanks to aneep , jawad , haziq , azsrol , emal dan lagi sorg lagi kawannya aku taktau nama , sorry ~ haha . 


ini reaksi muka dia bila dia masuk semua pakat nyanyi plus aku bawak kek , serious mengigil sebab mase tengah berkumpul dengan kawan kawan die dekat bawah secara tibe tibe die sampai dan die nampak kitorg  dan dia pandang dengan muka yang bengang sebab "pergaduhan" antara aku dengan die tak selesai lagi ~ haah :D 


abah juga terlibat dalam plan kenakan dia :D 






awak , selamat hari jadi yang ke 19 :) maaf kerana TERPAKSA buat hal dalam mase seminggu ni untuk kejutan ni . ini jee mampu saya buat untuk hari jadi awak kalini . tiada hadiah cuma majlis kecil kecilan untuk awak yang disambut bersama keluarga saya dan kawan kawan rapat awak . simpan kenangan ini elok elok okayyy . cuma ini jee yang saya mampu buat untuk gembirakan awak masa hari jadi awak . terima kasih sebab banyak tolong saya dan keluarga dan sentiasa ade dengan saya tidak kire susah dan senang . simpan tali persahabatan kita ni elok elok , jangan sampai ada yang datang untuk putuskan tali persahabatan itu okayy ;') saya sayang awak sahabat sejati sentiase di hati <3

love , fatin :)

terima kasih daun keladi , ada masa baca laa lagi :)

Sunday, 13 May 2012

meet girlfriends and big brothaa :DD

Assalamualaikum :)

hari jumaat baru baru ni aku dapat jumpa eyma hashim , anis amalina dan habib ariff . wohoooo ! *jogetjoget*

jumaat lepas ada program dekat KL central then habis dalam pukul satu macam tuu , texting eyma dan habib ajak jumpa sekejap tapi habib lambat angkat call dan jawab text so text anis ajak lepak . tetibe habib call so ckp laa nak lepak dekat coffee bean die kerja . so jumaat die jaga outler low yat :D

eyma dengan anis sampai lambat gila , so lepak dengan habib dulu dua orang . sangat rindu okayy pada abang besar saya tuu ;) banyak cerita di kongsi bersama :) serious rasa rindu semasa zaman dolu dolu di jaybeee . lepak di kafe bertiga bercerita , aku eyma habib :)

saya dapat air coklat free habib buat . weee ~~ thanks alots bro :DD



saya dan habib ariff ;))

dalam pukul 3 lebih baru kelibat si cantik dua orang saya ni sampai . haihhhh . sampai sakit perut tunggu dorang ni tau . dapat lepak kejap pun sudah cukup untuk lepaskan rindu :))

bila tengok gambar bertiga macam ni , teringat masa nak pergi desaru dalam kereta tiga orang . hewhew . serious rindu mereka sangat ! mereka berdua dah ada orang teristimewa so tanamkan harapan korang kalau nak ngorat mereka . hehe :D 




empat empat gambar semua aku senyum nampak gigi . okayyy terserlah kemanisan dimuka . hehe :D



terima kasih daun keladi , ada masa baca laa lagi :)

ZF ;)

Assalamualaikum wbt & hello para pembaca :))

kesibukan melanda diri sehingga tiada masa untuk menceritakan kegembiraan dan kesedihan yang aku alami dalam kehidupan :)

alhamdulillah , buat masa ini bulan mei banyak beri aku kegembiraan . thanks mei , kItE sAyAnG AwAk SanGat . hehe . *rasa nak hentak kepala dekat dinding bila ada manusia yang taip macam ni* -__-

sabtu lepas tarikh 5hb mei 2012 , seseorang yang menetap di jaybee telah datang ke KL untuk jumpa dengan aku . apa yang dirancang sebelum ini alhamdulillah dipermudahkan :)

datang ke KL memang semata mata untuk berjumpa dengan aku dan mama telah jemput dia dan kawannya tidur di rumah untuk satu malam mereka di KL .

dua hari itu banyak kenangan yang diberi dan diambil . jangan salah faham , aku dengan dia masih belum declare apa apa lagi . aku masih perlukan masa untuk terima orang baru . harap korang dapat doakan yang terbaik untuk kebahagiaan aku ;))

segalanya sudah diterangkan dan difahamkan oleh diri masing masing . alhamdulillah dia terima keputusan aku . dia beri aku masa dan dia setia menunggu dengan jawapan yang akan diberikan :)

tipu kalau aku katakan tiada sedikit perasaan terharu bila dia sanggup datang ke kl semata-mata untuk jumpa aku dan spend time dengan family aku . bukan setakat family kecil yang disayangi tapi family besar aku :) 

untuk terima seseorang dalam hidup aku sekarang , mungkin susah tapi sedikit demi sedikit pintu hati akan terbuka nanti . yang membezakan adalah lambat atau cepat . cukup kecewa sekali yang sukar disembuhkan . aku tak harapkan dia seperti ANR , setiap orang ada bezanya untuk bahagiakan aku . 


inilah zaid farhan :)
aku perlukan masa untuk memikirkan semua ini . ini kebahagiaan aku , ini juga kekecewaan yang aku rasa nanti . 

terima kasih daun keladi , ada masa baca laa lagi :)

Sunday, 6 May 2012

Latihan Jururawat :))

Assalamualaikum wbt :)



nak cerita sesuatu ni kawan kawan :) khamis baru baru ni tarikh 03 mei 2012 aku pergi putrajaya untuk interview SPA course latihan jururawat :)

alhamdulillah syukur ke hadrat illah dengan apa yang Allah swt telah berikan pada aku . Dia yang maha esa telah permudahkan urusan temuduga aku pada hari itu . dapat kawan kawan baru :D

pagi pukul lapan ada peperiksaan soalan obejektif sebanyak 277 soalan . masa diberi 45 minit . jawapan dia hanya ya atau tidak jee . ia berkaitan dgn minat :))

lepas tuuu beratur untuk cek dokumen dan ambil nombor giliran , aku orang yang kelima di temuduga :))

mcm mcm yang ditanyanya berkaitan dengan penyakit yang berkaitan dgn nyamuk , penyakit berkaitan dengan air , perbezaan jururawat terlatih dgn jururawat masyarakat , pakaian sebagai seorang jururawat dan banyak lagi dan dia suruh aku bagi ceramah tentang gaya hidup sihat ,

panel juga ade tanya "awak sekarang belajar fotografi , tapi sekarang interview untuk jururawat . dah tersimpang jauh sangat tuu"

jawapan yang aku beri " fotografi minat saya pada gambar , jururawat pula cita cita saya dari kecik . kerana cita cita saya ni laaa saya bawa harapan mama dan abah untuk kecapi cita cita saya ini" :)

first time interview ketaqq lutut wa ckp sama lu . ada juga tergagap :P

bulan depan keputusan keluar , harap sangat keputusan yang akan dapat nanti menggembirakan semua orang :) kalau ade rezeki untuk insyaAllah ada laa . aku percaya pada rezeki , aku percaya pada doa , aku percaya pada usaha :)


FAS :)

terima kasih daun keladi , ada masa baca laa lagi :)

Wednesday, 2 May 2012

17# Wordless Wednesday


sahabat sejati sentiasa di hati yang sentiasa bersama aku susah senang , suka duka , jatuh tergolek aku dalam kehidupan :))



terima kasih daun keladi , ada masa baca laa lagi :)

Tuesday, 1 May 2012

satu mei :)

Assalamualaikum wbt :))

alhamdulillah bertemu mei dua ribu doblas :)



setiap bulan pasti ade pahit manis suka dan duka . itulah kehidupan . 
berdiri teguh mengharungi duri duri yang dicucuk oleh manusia sendiri . 

jangan menyalak tanpa bukti dan sesuke hati menilai diri aku tanpa soal selidik . duduk dan cuba rasa apa yang aku lalui sepanjang kehidupan bergelar manusia . tepuk tangan bersorak keriangan kalau kau boleh tahan dengan kepahitan dan kemanisan yang manisnya hilang tanpa dihalau , datang tanpa dijemput . air mata dah jadi kawan baik aku sejak dulu . tak perlu menunjuk simpati kalau ia hanyalah kepalsuan , jangan katakan ia ikhlas kalau sekadar untuk sedapkan bahasa dan hati :)



jumpa april 2013 okayyy , jaga diri . rindu saya tolong hantar pesanan ringkas , hewhew :))



tanpa sedar aku selalu ikut apa yang hati aku rasa , cakap tanpa tapisan dan kononnya itu jujur dari hati aku . kadang kadang aku tak sedar apa yang dah cakap . bila dah terlanjur berbicara baru sedar itu salah aku . dan ego buat aku kuat untuk pertahankan kebenaran walaupun ia salah di mata orang . aku bersyukur dilahirkan dengan begini yang mungkin tidak sempurna seperti org lain tapi cukup didikan yang abah dan mama berikan . dah bahagia dengan kasih sayang yang abah dan mama curahkan pada puteri keduanya ini . 

duduk diam dan pendam . air mata teman untuk luahkan . ia satu cara meluahkan tanpa mengeluarkan kata kata . air mata itu laaa yang buat senyuman terukir di bibir . aku punya perasaan sama seperti kalian . tapi cara kita hargai perasaan kita sendiri berbeza . jangan biarkan perasaan kita sakit kerana manusia manusia yang memakai pelbagai topeng binatang . bangun dan terus bangkit supaya mereka tidak bertepuk keriangan dengan jatuh dan lemahnya diri ini .






hati aku hanya aku rasa ,
fatin athirah sobri  .



terima kasih daun keladi , ada masa baca laa lagi :)